Monday, September 19, 2011

Letter for my little IZZUL HAFIY

Assalammualaikum,


Izzul masa awak baru jer lahir.....awak mmg chubby...

Muhammad Izzul Hafiy,
Boleh tak auntie suzie bahasakan diri ini sebagai ibu?
Awak pon panggil ibu awak ibu jugakkan?
Ibu kenal awak dah lama tau...
Ibu dah tengok awak sejak awak belum lahir lagi,
Ibu datang tengok awak kat Hospital Kuala Pilah tapi masa tu awak belum keluar lagi,
Ibu ingat lagi awak ngidam nak makan shushi papa awak sanggup turun Jusco S2 drive dari Pilah,
Bila awak dah lahir...ibu xsabar nak tengok awak,
Ibu paksa papa awak mms gambar awak dengan harapan nak jadi orang pertama tengok gambar awak,
Ibu turun Serting nak jumpe awak dan ibu bangga beritahu semua orang ibu dah tengok awak realiti,
Awak chubby sangat, ibu nak gomol-gomol awak tapi abang Alif jeles,
Xcukup dengan itu ibu pergi lagi rumah awak kat Pajam,
Awak diam pulak kalau ibu dukung sebab ibu awak cakap,awak kuat menangis.


Izzul...awak semakin comel bile stat besau.

Ibu ingat lagi ibu sms ibu awak nak bergosip la konon tapi tiada reply macam selalu,
Lebih kurang pukul 1am camtu ibu terima sms tapi bukan dari nombor ibu awak tapi dari nombor papa awak beritahu awak admit dekat Hospital Batu Pahat,
Ibu doa awak cume demam biasa aje,
Ibu tanya kenapa tapi tiada jawapan lagi mungkin ibu dengan papa awak sibuk uruskan awak,
Esokknya ibu awak reply beritahu awak admit sbb 'dehydration'.
Lepas tu awak kene transfer ke Hospital Pantai,
Ibu call ibu awak sebab ibu dapat miskol dari ibu awak yang awak dah transfer ke SJMC Subang,masuk ICU,
Awak kene brain scan....ETG ke CTG ke ibu tak reti nak sebut tapi ibu tau awak tak sepatutnya jalani semua prosedure itu.
Result akan keluar Sabtu pagi, ibu awak telefon ibu beritahu perkembangan awak,
Waktu itu ibu dah masih tidur lagi tapi terus tak boleh nak tidur dah,
Sebelum tengahari ibu dapat sms ibu awak beritahu result awak,
Awak ada pendarahan dalam otak!
Ibu nanges! Tapi ibu sempat sms ibu awak supaya bersabar tapi hati ibu mana yang tak sedih dengar berita macam tu???
Petang tu ibu awak telefon ibu tapi xde line so ibu dapat sms yang mengatakan ade miskol dari ibu awak,
Ibu kol ibu awak balik, ibu awak kata awak akan menjalani operation pukul 7mlm nanti,
Ibu bagai nak pitam dengar ulang-ulang kali ibu tanya ibu awak betul ke????

Ibu telefon mummy ikin,
Ibu rasa mummy ikin orang yang paling sesuai ibu mengadu selain suami ibu,
Ibu nak menangis tapi mummy ikin marah ibu sebab mummy ikin cakap ibu kena kuat,
Ibu berbadan dua...
Ibu rasa nak terbang terus jumpa awak sebelum awak masuk operation theater.
Tapi ibu ada kat Melaka, suami ibu belayar kalau tak dah lama kami batalkan plan hari Sabtu di Melaka datang jumpa awak,
Ibu asik sms mummy ikin....ibu risau sangat...
At last ibu dapat pujuk mummy ikin datang pick up ibu kat Seremban untuk jumpa awak,
Sorry sayang keadaaan ibu membuat kan ibu bergantung harap pada orang yang sudi,
luv u too ikin!!

Ibu gerak dari Melaka lambat rupenya!
Ibu hantar uncle awak balik hostel lepas tuh jem dekat highway before exit Senawang,
Mummy ikin sabar tunggu ibu dekat McD senawang,
Jem sepanjang highway tapi alhamdulillah masih bergerak,
Perjalanan ke Subang Jaya sangat lama!!!
Ibu balik Sabah pun rasa sekejap,
Sepanjang perjalanan ibu ngan mummy ikin bercakap pasal awak,
Punca kejadian? Bagaimana papa ngan ibu awak harungi ini semua?
Kami lebih banyak berdiam selain berbincang pasal direction ke SJMC.

Sampai di SJMC...ibu terus cari toilet almaklum la asik nak terkencing je mengandung ni,
Ibu sempat betulkan tudung nak suruh awak tengok ibu awak yang cantik ni walaupun baju ibu komot seribu,
Ibu jalan laju-laju dan ibu rasa ibu macam dan expert pulak kat SJMC tuh....
Mata ibu tertumpu pada perkataan NICU!
Sampai depan NICU ibu xnampak sapa-sapa yang ibu kenal
Sampailah mummy ikin perasan papa awak,
Ibu nampak ibu awak jalan dengan auntie rehan,
Ibu awak pucat...lesu....bengkak mata....letih,
Ibu salam dan terus peluk ibu awak.....ibu sakit dada tahan menangis....
Ibu susah menangis tau....Ibu garang tapi kenapa ibu kalah dalam situasi begini
Papa awak suruh masuk, ICU/NICU boleh masuk dua org sahaja,
Ibu masuk ngan mummy ikin.....mata ibu terus tertumpu untuk cari wad awak,
Ibu nampak awak...sedihhhhhhhhhhhhhh, nak gugur air mata ibu!
Ibu tengok wayar tiub melingkar dekat kepala awak, kepala awak masih berlubang...sedih!
Ibu nampak wayar dekat tangan dengan kaki awak....sedih!
Ibu tengok jari jemari awak penuh dengan handy plus mungkin doktor test darah awak,
Ibu tengok beg plastik sebelah kiri awak...penuh darah! itu darah dari kepala awak,
Ibu tengok leher awak berlubang sebab masuk darah...doktor kata xjumpe salur darah sebab awak chubby sangat,
Ibu tengok mulut awak kering.....ibu tak kuat nak pergi dekat awak....
Ibu perasan nurse sedang siap-siapkan ubat awak,rupenyer awak akan diberi nebulizer untuk cairkan kahak,awak menangis sampai tak ada suara,
Ibu sedih.....ibu nangis....mummy ikin dah lap-lap air mata,
Ibu duduk jauh sikit kebelakang bagi ruang pada nurse dan ibu awak pujuk awak,
Ibu nak dukung awak! Ibu nak peluk awak! Ibu bayangkan awak anak ibu!
Tapi awak tak boleh diangkat...awak masih lemah,
Paling sedih bila ibu awak cakap terpaksa bagi awak ebm dalam botol sebab tak boleh nak direct feeding awak,
Bila awak dah stop menangis, ibu tengok awak senyum,
Alhamdulillah itu petanda yang baik,
Awak kuat Izzul! Awak sangat good boy!
Ibu keluar dulu bagi peluang kat sedara mara awak pulak, ibu tunggu kat luar.


Izzul....ibu sedih nak snap pic awak banyak-banyak.....ini satu jer pic yang ibu ade.


Izzul pic ni ibu awak yang mms.Ibu xsampai hati nak ambil pic pek darah awak, kepala awak, wayar berselirat.

Ibu diam dekat luar,ibu tengok papa awak sibuk melayan sms dan panggilan yang masuk,
Jam menunjukkan pukul 6.30petang, selalu ibu dah lapar tahap gaban tapi hari itu ibu tak lapar langsung,
Mummy ikin ajak balik, perjalanan kami masih jauh, mummy ikin nak balik Melaka,
Ibu tunggu ibu awak ajak nak makan sama sebelum balik sebab ibu sedih tengok ibu awak macam orang letih,
Tapi ibu awak tak dapat join sebab nak mengepam susu untuk awak,
Seharian ibu awak tidak pum akibat melayan pelawat yang datang,
Bengkak susu itu sakit tau, ibu penah rasa,
Ibu minta izin nak tengok awak lagi sekali sebelum balik,
Awak dah buka mata masa ni, ibu happy sangat,
Tapi ibu masih tak dapat pergi dekat-dekat dengan awak sebab ibu rasa ibu tak mampu tengok penderitaan awak,
Ibu pegang tangan awak, ibu nampak tangan awak lebam-lebam mungkin doktor amik darah awak.

Dalam kereta ibu dengan mummy ikin asik bercakap pasal awak,
Bercakap pasal awak kuat,
Ibu dengan papa awak sangat tabah,
Ibu sampai rumah pukul 10lebih malam,
Ibu siap-siapkan barang abang Alif untuk esok,
Ibu penat...ibu nak tidur awal.....ibu cuba baring agar boleh tidur awal,
Mata ibu tak boleh lelap, mummy ikin sms ibu, dier masih sedih,
Ibu berlinang air mata sekali lagi semasa membalas sms mummy ikin,
Sedih sangat....macam lemah seluruh anggota badan ni,
Ibu tak tahu pukul berapa ibu terlelap,
Pukul 3pagi ibu terjaga ibu bayangkan awak ade dekat sebelah,
Terbayang wajah comel awak siang tadi.....suci aje.....
Pukul 4pagi ibu terjaga lagi, tak tahu kenapa lagi sekali wajah awak muncul,
Ibu tahu ibu terjaga pukul berapa sebab ibu tengok jam dekat decoder astro,
Pagi tadi ibu bangun lambat, padan muke ibu, agaknyer susah sangat nak tidur malam tadi kot.

Pagi tadi 19/9/2011 pagi-pagi lagi ibu sms ibu awak tanya perkembangan awak,
Ibu awak beritahu awak dah banyak berjaga, mungkin bius awak sudah hilang sepenuhnya,
Alhamdulillah sayang itu petanda baik,
Ibu awak cakap awak dah boleh senyum-senyum,lapang dada ibu dengar,
Alhamdulillah itu petanda baik, ibu suke dengar,
Ibu awak cakap pagi tadi awak bangun pukul 3pagi dengan 4pagi minta susu,
Sebab ibu beritahu ibu tak dapat tidur rindu awak malam tadi,sedih ibu dengar awak pun berjaga waktu yang sama,

Muhammad Izzul Hafiy.....
Ibu tak de ipad or iphone or blackberry nak komen-komen status ibu awak,
Tapi awak jangan ingat ibu tak ambil tahu pasal awak,
Ibu doakan awak cepat sembuh,
Semoga tiada apa side effect dalaman awak,
Ibu doakan awak jadi anak yang baik,cerdik dan soleh,
Kepada ibu awak Yuzaine Samilan dan papa awak Muhammad Khairul Hisham,
Kamu berdua ibubapa yang tabah, semoga tabah mengharungi dugaan ini,
Ingatla anak ini membawa banyak hikmah yang baik dan rezeki yang murah,
Ibu dah anggap Izzul macam anak ibu sendiri,
Ibu sayang awak sangat-sangat,
Nanti ibu datang tengok awak lagi bila suami ibu balik belayar ye....
Abang Alif pun tak sabar nak main dengan awak,
Awak cepat sembuh ye~~

With infinity luvs and prays:
~ibu suzie~